Orang kata mimpi adalah mainan tidur semata-mata. Namun, disebalik mimpi itu aku telah menemui tanda-tanda tentang seorang tokoh yang sangat aku hormati dan kagumi. Dia di antara tokoh yang banyak memberikan aku semangat dan inspirasi. Setelah hampir seminggu ini aku menemui kebuntuan jalan untuk mencari siapakah tokoh yang aku perlu tulis untuk cerpen Penulisan Kreatif Dr Mawar Shafei. Alhamdulillah...Tuhan telah mengantarkan aku mimpi yang cukup indah dan bermakna untuk aku selesaikan kemelut yang membelenggungi aku selama seminggu ini. Semalam, mimpi itu telah memberikan aku segala seribu jawapan tentang tokoh itu. Ya! aku yakin mimpi itu tidak silap, dialah tokoh yang aku cari.! Sedih membelenggungi aku tatkala terkenangkan dia. Walaupun dia sudah tiada lagi di dunia yang fana ini namun, semangat dan rohnya sentiasa ada bersamaku. Aku merindui dirinya...
Alhamdulillah…di pagi yang indah ini, Allah S.W.T masih lagi memberikan aku udara yang segar dan nyaman untuk bernafas. Hari semakin suntuk untuk aku mencari seorang tokoh kerana akhir semester nanti cerpen ini harus berada di atas meja Dr. Mawar sebelum exam! Banyak tokoh yang berligar-ligar dalam benak fikiranku ini namun, aku harus mencari tokoh istimewa yang mempunyai kelainan berbanding orang lain. Siapakah Tokoh itu? Aku sendiri tidak pasti namun aku yakin akan mendapat jawapannya nanti!
Setiap
manusia semestinya ingin mencari sebuah kehidupan yang aman, terang dan bahagia
untuk menyuluh seluruh hidupnya. Namun begitu, bagiku lampu yang terang gelita
boleh menutup segala keperitan, kegelisahan, kesengsaraan dan kesedihan yang seringkali membelenggungi hidup manusia. Manusia perlu hidup ditemani
cahaya lampu supaya tidak sesak dikemudian hari. Namun, kadang-kala kita tidak
boleh terlalu berharap bahawa lampu akan sentiasa menemani kita. Adakalanya ia akan
terpadam dengan sendiri dan memerlukan kita untuk berusaha menghidupkannya
kembali. Lampu tidak selalu terang untuk menemani manusia sepanjang waktu
namun, manusia harus bersedia untuk hidup tanpa lampu.
Faisal Tehrani tampil lagi dengan buah tangan terbaharunya, Perempuan Nan Bercinta yang dikatakan sebagai novel yang paling provokatif setakat ini, merupakan novel yang saya harus kaji untuk kursus Che Abdullah bin Che Ya pada semester ini. Melihat kepada tajuknya saya begitu terpesona sekali untuk mengkaji novel ini namun, apabila saya membaca isi kandungannya tidak seperti yang saya duga. Banyak makna yang tersirat dan tersurat yang ingin disampaikan oleh pengarang. Saya terkejut dan beristigfar. Namun saya teruskan juga pembacaan itu. Banyak perkara dan persoalan yang bermain dalam benak fikiran saya ini sehinggakan akal sendiri tidak mampu menelaahnya. Namun, saya percaya Faisal Tehrani ada jawapan yang tersirat yang ingin disampaikan melalui novel yang dikarangnya walaupun sesiapa yang membaca sedikit tergugat keimanannya. Saya kuatkan imam saya untuk terus membaca novel ini sehingga ke noktah penghabisan.
SINOPSIS NOVEL
Perempuan Nan Bercinta (PNB) yang merupakan sekuel kepada novel Tuhan Manusia (TM) memfokuskan kepada watak Dr. Ali Taqi yang telah dewasa. Sekiranya TM lebih merujuk kepada pencarian gigih Ali Taqi ketika remaja tentang terminologi dan epistemologi bagi konsep pluralisme dalam agama sebagai reaksi kepada kemurtadan abang kandungnya Talha, PNB pula lebih memfokuskan kepada kehidupan Dr. Ali Taqi yang telah dewasa menghadapi pelbagai persoalan dan pertembungan pemikiran daripada orang sekelilingnya yang terdiri daripada pelbagai idealisme.
Bermula dengan Tengku Idora, seorang pejuang femenisme dan merupakan sarjana pengasas pertubuhan Modest Women Oriental (MWO) yang akhirnya menderita sakit setelah pengsan ketika sesi perbahasan bersama Dr. Ali Taqi, selepas itu disusuli dengan cerita Hashemi, suami kepada Zanjabila (kakak kepada Tengku Idora) menjejak dan mendekati peribadi Dr. Ali Taqi dalam memahami diri tokoh tersebut dengan lebih mendalam, kemudian bergerak pula kepada kisah anak Dr. Ali Taqi, Siti Fatimah yang merupakan seorang gadis lasak menemui cintanya kepada Mustafa Chamran di Lubnan.
Konflik berlaku apabila Mustafa Chamran mengajak Siti Fatimah berkahwin sementara (muta’ah) yang perkara ini tidak dipersetujui oleh Dr. Ali Taqi. Selepas itu, bergerak pula kepada kisah Tengku Idora yang telah bersuamikan Bastian (bekas seorang ateis yang gigih mencari kebenaran Islam dan akhirnya memeluk Islam) yang akhirnya telah insaf daripada ideologi femenismenya sebelum ini selepas menderita penyakit ganjil yang tiada harapan sembuh tetapi berlaku kesembuhan ajaib dengan izin Allah selepas mengerjakan umrah.
Klimaks penceritaan berfokus kepada penangkapan Dr. Ali Taqi yang didakwa oleh WikiLeaks sebagai seorang ejen Iran dan sekaligus ejen Syiah. Peleraian cerita berlaku secara tergantung dan ironi saya kira apabila hanya menyodorkan tentang Siti Fatimah yang sedang diwawancara oleh wartawan tempatan dan antarabangsa dalam mempertahankan kebenaran Dr. Ali Taqi dan diakhiri dengan ucapan, “Jika Dr. Ali tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Maka, saya Siti Fatimah Ali Taqi, seorang perempuan nan bercinta akan bangun melawan.”
PERTEMBUNGAN WACANA PADA SATU TITIK IDEOLOGI
Wacana-wacana yang dimuat dalam novel ini amat rencam dan bersifat kontrovesional serta provokasional. Pemilihan wacana yang relevan dengan keadaan semasa memperlihatkan kegeniusan pengarang yang mempunyai kesedaran untuk cakna dan menawarkan penyelesaian terhadap penyakit ummah yang berlaku. Sekurang-kurangnya, terdapat 14 wacana yang dapat saya kesani dalam novel ini, iaitu:
i) Feminisme
ii) Islam kebudayaan
iii) Persuratan Islam
iv) Terminologi ilmu
v) Sejarah dan perkembangan Sunni – Syiah
vi) Perkembangan Salafi-Wahhabi
vii) Kritikan terhadap metodologi mujtahid
viii) Keraguan terhadap kesahihan asbabun nuzul Surah Al-‘Alaq
ix) Pluralisme agama
x) Teknik dakwah
xi) Politik Lubnan dan Hezbollah
xii) Masalah tasawwul
Wacana-wacana yang disuguhkan sememangnya sebuah wacana pembangunan pemikiran yang jarang-jarang digarap oleh penulis lain dan berupaya “memaksa” pembaca untuk melakukan kajian yang lebih terperinci terhadap isu-isu yang ditimbulkan. Saya tidak ada masalah untuk itu.
PERSOALAN YANG TIMBUL DAN PENGKRITIK NOVEL PEREMPUAN NAN BERCINTA
1. Dari blog Abu Haseef - Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
2. Komen dari blog Cinta Dominasi Segala - "Ini novel syiah. Pada 9 Julai 2012 Ustaz Aizam Masood akan sentuh racun Syiah bawaan Faisal Tehrani dalam buku Perempuan Nan Bercinta di Masjid Nurul Yaqin SS7 Kelana Jaya lepas Maghrib.InsyaAllah."
3. Dari akhbar Sinar Harian - Penulis terkenal Faisal Tehrani, yang menyertai Persatuan Penulis Kaum India Malaysia (Kavyan) sebagai Ahli Kehormat semalam, mengharapkan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar novel terbarunya,Perempuan Nan Bercintatidak diharamkan oleh pihak berkuasa.
4. Petikan dari blog Oh Buku - Pembaca yang baik tidak terburu-buru melabelkan karya ini sekuel kepada Tuhan Manusia sekadar mengekalkan nama watak seperti Dr. Ali Taqi dan keluarganya, Khadijah si isteri, Hussein, Zainab, dan Siti Fatimah anak-anaknya. Seperti Tuhan Manusia, Ali Taqi meneruskan jihad terhadap jalur-jalur pemikiran barat.
Sepi menggamit disebalik keriuhan kota, di sebuah jendela kamar nan usang itu terlihat jelas kehijauan dan kicauan burung-burung yang beterbangan bebas. Ku terpandang pada sebuah layang-layang lalu ku hayati betapa gah dan tingginya ia berada. Di sebalik mega nan biru itu dirinya meliuk lentuk, menari galak seolah-olah mengiringi alunan muzik yang simfoni. Tanpa keluhan ia tetap menari dan terus menari. Seolah-olah ia tersenyum riang. Memerhati batas padang terukir bagaikan lakaran peta.
Hidupnya keseorangan bertuankan si pelagak lari, bertemankan hembusan udara, walaupun panas terik mentari yang membakar diri dan mendung suram menemani ia masih mampu tersenyum, kerana itu adalah kekasihnya.
Disaat mendung kelabu menutup tirai kamar jendela langit, ianya cukup gelisah. Dentuman halilintar dengan tangisan mendung yang mengalir di tali yang dibelenggu dilehernya itu, bagaikan peluru yang menusuk disaat hujan menitiskan air matanya. Berhempas pulas ia melawan lembayu keras itu lantas terkoyak kertas yang menutupi tubuhnya dan ia tahu itulah saat terakihir buatnya.
Ku sedari betapa hidup ini ibarat layang-layang. Di saat kegembiraan pasti ada kesedihan, dan setiap yang bermula pasti ada yang berakhir.
Sejenak hari berlalu, merakam sedetik kompas kehidupan yang sering merungkaikan setiap kecelaruan, kegelisahan, kebingitan. Persoalan yang timbul sering diungkaikan dengan jawaban yang tidak pasti dan matrik sebuah kehidupan sering menjadi tanda tanya.
Cerah tak semestinya terang dan gelap tak semestinya samar. Kompas
kehidupan ini sering menjadi tanda tanya dari detik dan saat, dari waktu dan
ketika. Itulah rencana yang merungkapkan setiap sebuah idealogis pemikiran yang
tak pasti.
Hidup umpama roda...Berputar tidak kira masa dan waktu..Silih berganti. Kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..Insya'Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)








- Ikuti saya di Twitter!
- "Ikuti saya di Facebook!
- RSS
Contact