Tuesday, 18 December 2012 0 comments

Hampir Siap!


Beberapa minggu ini aku bertungku-lumus  menyiapkan cerpen pertamaku ini. Walapun banyak halangan yang di hadapi semasa proses cerpen dijalankan namun, tidak sedikit pun mematahkan semangatku. Proses pengeditan dan penambahbaikan cerpen di lakukan sebelum cerpen dihantar kepada Dr. Mawar. Diharapkan cerpen pertama ku ini dapat memberikan  inspirasi untuk aku terus menulis cerpen lain selepas ini walaupun cerpenku  tidak sehebat penulis lain. Namun, menjadi seorang penulis harus cekal menghadapi pelbagai kritikan dan juga cabaran supaya cerpen yang dihasilkan nanti bermutu tinggi dan diterima oleh semua.

Friday, 14 December 2012 2 comments

Proses Cerpen


Masa semakin mengejarku untuk menyiapkan cerpen pertamaku ini. Sekarang aku masih dalam proses penyiapan cerpen. Aku perlu berimaginasi dengan menyusun setiap bait kata yang indah supaya cerpen yang bakal siap nanti akan menarik perhatian pembaca dan juga Dr. Mawar.




Sebelum tidur, aku akan menulis cerpen yang memerlukan aku untuk menghayati keistimewaan dan keunikan yang ada pada tokohku ini. Walaupun, tokohku sudah tiada di alam fana ini  namun, setiap perlakuan yang ada pada dirinya mana mungkin aku dapat padamkan dalam ingatan sanubariku ini. Aku berdoa semoga cerpen pertamaku  ini akan dapat disiapkan secepat yang mungkin!



0 comments

Cermin

Ada apa pada sebuah cermin? Setiap kali aku terpandang cermin, aku cuba untuk menghayati disebalik makna tersiratnya. Boleh dikatakan, setiap hari aku menggunakan cermin untuk keperluan diri. Namun, selama ini aku tidak sedar bahawa cermin adalah lambang kepada kehidupan kita seharian. 'Dia' akan mencorakkan dan mencatatkan segala liku-liku kehidupan kita. Oleh itu, aku sangat memerlukan cermin! kenapa? kerana aku dapat merasakan bahawa cermin itu akan memerhatikan  setiap langkahku dalam menempuhi hidup yang penuh dengan pancaroba. Aku tidak mahu lalai dalam mengejar kehidupan duniawi yang penuh dengan kepura-puraan,  kerana ia  akan  membawa aku ke dalam kehancuran. Aku cuma mahu mengejar sebuah pelangi indah yang akan membawa aku ke jalan yang redhai Allah S.W.T kerana itu akan menjamin kebahagian aku di akhirat kelak. 


Firman Allah SWT : 
Setiap yang bernyawa akan mati?Siapa yang dijauhkan dari neraka akan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya,kehidupan dunia hanya tipudaya.
Surah Ali Imran:185


Tuesday, 11 December 2012 0 comments

Menjadi Seorang Penulis

Menjadi seorang penulis tidak mudah jika tidak  banyak membaca cerpen-cerpen penulis yang telah berjaya. Aku harus menghasilkan cerpen ekspimental yang baik untuk Penulisan Kreatif Dr. Mawar. Bukan mudah untuk menghasilkan kata-kata yang indah  yang menarik minat pembaca untuk terus membaca cerpen kita. Aku menggunakan buku Bagaimana Saya Menulis sebagai rujukan menghasilkan cerpen pertamaku ini. Buku ini, sangat sesuai untuk penulis baru sepertiku mencari ilham dan juga mengetahui proses-proses penghasilan cerpen yang baik. Bagiku menghasilkan sesuatu cerpen kita perlu banyak berimaginasi dan menanam minat yang mendalam supaya  cerpen yang dihasilkan nanti dapat memberikan kepuasan untuk diri  sendiri. Aku berdoa dan berharap semoga cerpen pertamaku ini berjaya dihasilkan dan terima Dr. Mawar. Insyaallah... 

0 comments

Warna-warni kehidupan

2 hari lepas, aku dan kawan-kawan telah mengunjungi Putrajaya untuk memenuhi tuntutan tugas Penulisan Kreatif  Dr. Mawar. Perjalanan kami menaiki bas mengambil masa lebih kurang 15 minit. Semasa dalam perjalanan ke Putrajaya, mataku terasa begitu mengantuk sekali. Selama 2,3 hari ini fikiranku bercelaru  memikirkan banyak tugasan yang masih belum siap lagi. Setelah tiba di Putrajaya, mataku tiba-tiba terpanah dengan kilauan warna dan cahaya berwarna-warni menghiasi sekitar Putrajaya. Aku terpandang masjid yang indah bercahaya begitu menarik perhatianku.  "Arghh...! sangat indah sekali ciptaan manusia ini" bisik hati kecilku. Terasa tenang sekali hatiku tatakala berada di Putrajaya. Cahaya lampu yang berwana-warni tersenyum riang seolah-olah menyambut kehadiran pengunjung. Aku merasakan seolah-olah berada di dunia lain yang sangat indah ditemani dengan manusia kota. Begitu mengasyikkan pandangan mataku.

Namun tiba-tiba mataku terpandang ke arah tasik yang jernih. Di tasik itu aku pernah datang, namun bukan berseorangan tetapi dengn tokoh cerpen yang aku akan tulis nanti. Aku tersenyum memandang ke arah awan namun, satu bintang pun tidak kelihatan pada malam itu. Selepas pulang dari Putrajaya, hujan mulai turun dan aku percaya hujan itu adalah satu rahmat dari Maha Besar untuk aku terus mencari ilham menyiapkan cerpen pertamaku ini. Insyaallah...
Wednesday, 28 November 2012 3 comments

Dia...Tokoh Yang Aku Cari!

Siapakah dia?
Orang kata mimpi adalah mainan tidur semata-mata. Namun, disebalik mimpi itu aku telah menemui tanda-tanda tentang seorang tokoh yang sangat aku hormati dan kagumi. Dia di antara tokoh yang banyak memberikan aku semangat dan inspirasi. Setelah hampir seminggu ini aku menemui kebuntuan jalan untuk mencari siapakah tokoh yang aku perlu tulis untuk cerpen Penulisan Kreatif Dr Mawar Shafei. Alhamdulillah...Tuhan telah mengantarkan aku mimpi yang cukup indah dan bermakna untuk aku selesaikan kemelut yang membelenggungi aku selama seminggu ini. Semalam, mimpi itu telah memberikan aku segala seribu jawapan tentang tokoh itu. Ya! aku yakin mimpi itu tidak silap, dialah tokoh yang aku cari.! Sedih membelenggungi  aku tatkala terkenangkan dia. Walaupun dia sudah tiada lagi di dunia yang fana ini namun, semangat dan rohnya sentiasa ada bersamaku. Aku merindui dirinya...
0 comments

Mencari Tokoh Pilihan untuk Cerpen

 Alhamdulillah…di pagi yang indah ini, Allah S.W.T masih lagi memberikan aku udara yang segar dan nyaman untuk bernafas. Hari semakin suntuk untuk aku mencari seorang tokoh kerana  akhir semester nanti cerpen ini harus berada di atas meja Dr. Mawar sebelum exam! Banyak tokoh yang berligar-ligar dalam benak fikiranku ini namun, aku harus mencari tokoh  istimewa yang mempunyai kelainan  berbanding orang lain. Siapakah Tokoh itu? Aku sendiri tidak pasti namun aku yakin akan mendapat jawapannya nanti!

Pengikut Setia Saya...

 
;